a commitment to excellence

   
 
    
    

Utusan

Berjaya Land Bhd. (B-Land) mengumumkan keuntungan sebelum cukainya dalam suku ketiga berakhir 31 Januari 2009 susut kepada RM78.898 juta daripada RM122.305 juta dalam suku yang sama dalam tahun kewangan sebelumnya.

Pendapatannya meningkat kepada RM1.158 bilion daripada RM181.177 juta.

Pertambahan pendapatan itu sebahagian besarnya hasil daripada penggabungan Berjaya Sports Toto Bhd (BToto) sebagai sebuah anak syarikat mulai Februari 2008, kata B-Land dalam kenyataannya di sini hari ini.

Penurunan keuntungan sebelum cukai dalam suku tahun semasa disebabkan terutamanya oleh pengurangan pendapatan daripada bayaran kemajuan yang diraih oleh bahagian pembangunan harta dan penyusutan pendapatan sewa daripada bahagian pelaburan harta, katanya.

Ini adalah ekoran daripada penjualan KL Plaza Properties dalam tahun kewangan sebelumnya, kos pembiayaan yang lebih tinggi, kerugian daripada pertukaran asing dan penyusutan nilai beberapa pelaburan yang disebutharga berikutan kelembapan pasaran saham akibat kegawatan ekonomi global, katanya.





home | our logo | corporate profile | board of directors & other information
by business sectors | by listed companies | group addresses
financial summary | financial highlights | annual reports
corporate announcements | press releases | community
employment | feedback | sitemap

Copyright © 2002 Berjaya Corporation Berhad